Salam…
Hi semua…dah lame dapur nad xberasap..sejak maid xde, nad masak tp xsempat snap gambar terus hilang masuk perut…haha…
So, kali nih, selepas cuti rehat memasak selama 7bulan….nad dah kembali ke dapur semula….kalo ikutkan penat n sakit badan…memang xlarat nak masak…tp, mengenangkan perut dan tekak en.suami saya perlu dijaga…jadi nad cuba kuatkan diri memasak kat dapur…
En.suami, terimalah nasi ayam chenta hati dari saya sempena anibersari ke-3 kita….syukur Ya Allah…

Ada yang dok tanya resipi, soh meh nak share resipi nasi ayam chenta hati saya…simple jer…xpayah pening2 kepala…
Untuk Nasi;
-Basuh 2 cawan beras bersihkan dari segala habuk dan sebagainya.
-Toskan dan letak tepi.
-Tumiskan 1/2 biji bawang besar yang dimayang dan sedikit kulit kayu manis serta 2 helai daun pandan.
-Masukkan air rebusan ayam 2 cawan serta beras.
-Akhir sekali masukkan beras yang telah siap dicuci serta letak garam secukup rase.
-Pindahkan periuk nasi tadi ke dalam rice cooker, masakkan seperti nasi biasa.
Untuk sup;

-Basuh ayam dan buang segala ape yang xpatut dimakan yer…terpulanglah nak bape ketul tuk digoreng dan untuk sup. Buang lemak2 yang xsepatutnyer yer.
-Masukkan ayam tadi kedalam periuk beserta air untuk direbus.
-Kupas halia 1/2inci, ketuk serta masukkan satu bungkus sup bunjut ke dalam periuk tadi.
-Rebus sehingga mendidih dan naik bau. Kecilkan api.
-Asingkan ayam yang hendak diperap.
-Manakala, sediakan kuali tumis bawang merah, bawah putih yang telah siap dimayang serta buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan ape lagi ek satu tuh..lupa daaa…
-Tumis sehingga warna keemasan dan naik bau, curahkan ke dalam air rebusan ayam tadi. Tambahkan garam serta serbuk perasa.
Untuk Ayam;

-Tumbuk atau kisar 2sudu besar lada hitam.
-Campurkan bersama kicap manis serta 1sudu gula pasir. Kacau rata.
-Akhir sekali masukkan ayam yang telah siap diasingkan tadi.
-Perapkan selama mana yang dimahukan.
-Setelah diperap, boleh digoreng ayam tersebut dalam minyak panas dengan api kecil, jangan sampai hangus yer.
Untuk sos;
-Bersihkan serta patah-patahkan 5 biji lada merah serta 3 biji cili padi kalo yang suka pedas eh.
-Masukkan ke dalam blender. Tambahkan sedikit air,sos cili serta gula pasir.
-Kisar sehingga lumat.
Keluarkan, kacau rata dan bolehlah diperah jus limau nipis atau limau kasturi.
Untuk ulam;
-Pegi kedai belilah sayur pape yang korang nak…haha
-Salad, timun serta tomata….yummyy..!!!
Selamat Mencuba u all….
gigihkan nad share resipi…hahaha
- Posted using BlogPress from my iPad