Testimoni lactolite dari mak…

Salam…
Hi semua…kali nih nak cerita pasal testimoni mak nad sendiri makan lactolite…

Untuk pengetahuan semua, mak mengidap penyakit kencing manis dari tahun 1996…dah lama sangat, mase tu kami sekolah lagi…dan mak dah lama amik injection insulin…

Alhamdulillah, jumaat lepas bawak mak pegi check up…kencing manis dah hampir kepada normal. Sebelum ni mak punya tahap gula memang tinggi walaupun mak dah diet.

Then balik dari hospital, sambung borak-borak dengan mak…mak kata sejak makan lactolite 2 bulan lepas, mak rase badan dia mula ringan, senang ‘membuang’, sakit kepala makin kurang, bangun tido rase segar, dan yang paling best mak rase kedut2 pada tangan mak dah makin kurang dan bonusnya mak dapat rase baju dia semakin longgar….

Alhamdulillah, nad bersyukur sangat…coz, mula2 niat bagi mak makan lactolite hanyalah untuk kurangkan masalah ‘membuang’ mak tuh….Tak sangka banyak lagi kelebihan yang mak dapat.

Ape-ape pun, hope ade progress baru dan terbaik untuk masa akan datang. Insyallah.

So, sekarang lactolite dan mak adalah kawan baik…!!!!


Siapa nak cuba?
Hanya RM158 sekotak(25 sachet)….
Contact me- 0127370884

- Posted using BlogPress from my iPad

Menu dan resipi untuk ibu berpantang…

Salam…
Hi semua…mood raya masih ade, mood bersalin sedang menjelma…
Tapi mood meniaga dan bisnes tetap ade yer….insyallah, nad cuba selagi terdaya….Bagi yang nak beli korset, nak beli tudung or kain…jangan riso…assistant nad akan tolong…untuk bisnes korset plak, keluarga PB saya akan tolong…jangan risau, kami xkan biar anda keseorangan dan terkapai2….Yang penting ikut formula

ILMU+BERTINDAK+RUJUK = KEJAYAAN

Ok, jom citer pasal menu untuk orang berpantang….
Nad cilok dari blog seseorang tp xingat ape link dia..coz dah lame copy…mintak halal yer…
Mungkin kali nih, nad akan berpantang sendiri…mak nad hanya datang 2mggu sekali…mak nad xberapa sihat…tangan pun dah xberapa kuat…
Agak mustahil untuk berpantang kat kampung kot…
-line tenet sangat lembap, camne i nak bisnes u all…
-kelengkapan barang baby sume kat umah sendiri, nak angkut cam satu rumah jer kena hangkut…insyallah, nad nak buat stok susu tuk baby…peti ais besar dan pam susu adelah PENTING dan WAJIB ade….
-saya perlukan en.somi untuk tolong saya jaga anak sulung saya…saya bukan mengada-ngada tapi itulah hakikatnya..hahaha

-breakfast-
- biskut 4 segi
- white bread / wholemeal bread
- cereals (cornflakes with milk)
- milo suam (but, there’s some people yg tak sesuai.. sembelit katanya!) / susu suam (best option)

-lunch-
- sup ikan haruan / tenggiri / bawal putih / merah
- steam ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- singgang ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- ikan panggang berkari – ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- daging goreng halia & black pepper
- ikan bilis goreng tumbuk dgn lada hitam
- isi ayam goreng halia & bijan
- kerabu pegaga
- sup sayur sawi bunga / lobak putih / kailan / carrot

-tea time-
- sama macam breakfast -

Dinner
- sama macam lunch -

RESEPI

1. SUP IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH

bahan-bahan:-
air
halia, bawang merah, bawang putih – ditumbuk
daun sup
ikan

cara-cara:-
masukkan air dengan bahan2 yg ditumbuk, masukkan sedikit garam, setelah mendidih masukkan ikan & daun sup.

2. STEAM IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH / SALMON

bahan-bahan:-
ikan
halia
daup sup
tomato

cara-cara:-
letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan & steam sampai ikan masak.

3. SINGGANG IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH

bahan-bahan:-
air
bawang merah, lengkuas – dihiris
serai
asam keping
ikan

cara-cara:-
rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yg sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping & sedikit garam. bila dah mendidih, masukkan ikan.

4. IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH / SALMON PANGGANG BERKARI

bahan-bahan:-
serbuk kari
serbuk kunyit
serbuk lada hitam
ikan

cara-cara:-
gaulkan semua bahan diatas bersama sedikit garam, lumurkan diatas ikan & panggang – boleh diletak atas dapur sahaja / dalam oven.

5. DAGING GORENG HALIA & BLACK PEPPER

bahan-bahan:-
daging
bawang putih, bawang besar, halia – dihiris
serbuk lada hitam
minyak bijan

cara-cara:-
tumiskan semua bahan yg dihiris (bawang putih, bawang besar, halia) dengan sedikit minyak bijan. masukkan daging & sedikit air (nak lembutkan daging) & masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam.

6. IKAN BILIS GORENG

bahan-bahan:-
ikan bilis
serbuk / biji lada hitam

cara-cara:-
goreng ikan bilis sampai garing, angkat & toskan minyak. Kemudian tumbuk ikan bilis bersama lada hitam.

7. ISI AYAM GORENG HALIA & BIJAN

bahan-bahan:-
isi ayam
halia – dihiris
bijan – disangai / digoreng tanpa minyak

cara-cara:-
tumiskan halia yg dihiris dengan sedikit minyak, masukkan isi ayam. Setelah isi ayam dah masak, masukkan pula garam & akhir sekali bijan yg telah disangai.

8. KERABU PEGAGA

bahan-bahan:-
lada hitam, bawang merah, ikan bilis – ditumbuk
ulam pegaga

cara-cara:-
tumiskan semua bahan yg ditumbuk (lada hitam, bawang merah, ikan bilis) dengan minyak yang sedikit. dah garing, masukkan pegaga (sekejap je) & sedikit garam.

9. SUP SAYUR – SAWI BUNGA / LOBAK PUTIH / KAILAN / CARROT

bahan-bahan:-
sayur
air
bawang putih
daun sup
minyak bijan

cara-cara:-
tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan air, sedikit garam & sayur-sayuran. masukkan juga sedikit garam. setelah mendidih, masukkan daun sup & titiskan sedikit minyak bijan.

* air untuk menyegarkan badan & membuang angin
- rebuskan serai, daun pandan, halia & sedikit gula
(kalau taknak boleh je beli air halia serbuk yg dalam peket tu – jenama nona)

* bagi yg bersalin caeser, buah yang bagus untuk dimakan ialah orange (Insyaallah, cepat sembuhkan luka)

* bagi yg bersalin caeser juga bolehlah amalkan minum pati / jeli gamat & juga pati ikan haruan (x sedap giler!!!!, tp nak sihat kena minum gak! yikes!), Insyaallah cepat baik.

# to all my friends, blogger’s friends, kalau ada resepi2 or petua2, sudi2lah share ye.. & moga2 semua antara kita akan dapat manfaat dari resepi2 & petua2 yg diberikan.

Doakan nad mudah bersalin yer..dan selamat semuanya…amin

- Posted using BlogPress from my iPad

Saya dapat duit rayer…

Yuhuuu…tahun ni dapat duit raya….
Tiap tahun dapat sebenarnyer, tp taun nih…ade org tolong snap picture masa saya dapat duit raya….hahaha

Mula2 kita salam dulu…kasik mintak ampun abis seme salah silap…mintak kasik halal makan minum….yang penting ayah doakan ibu mudah bersalin eh….


Huhuhu…pastu kiter peluk cium…ooops 18sx sudey..hahaha
Rase macam baru pas nikah plak..haha


En.somi hulur duit raya xde gambar laa…tup2 ada gambar ibu mengandung yang happy dapat duit raya…kih3…siap teropong eh, tengok dapat bape hengget….
Terima kasih ayah…!!! Jasamu tetap kukenang boboiboy…!!! Eh silap…
Love u too, tree n more la ayah….hehe


Dan muka malu2 disitu dapat duit raya…hehehe…ko hader???
Tengok hazim jeles, terus nak salam raya dengan ayah…haha..


Ok, sekian…
Laporan dapat duit raya dari en.somi untuk tahun nih…hope tahun depan ade lagi yer… Kalo nak bagi lebih lagi bagus…kih3

- Posted using BlogPress from my iPad

Aidilftri 2011…

salam…
Bam bam booooommm…bunyi mercun masih bergema u all…
Selamat hari raya…
Arini nad start keje…xbleh cuti lame2, xlame lagi nak cuti bersalin pulak…doakan nad selamat bersalin yer…

Camane raya taun nih…???
mesti masing2 ade cerita tersendiri kan…
Untuk family nad…biasa2 jer…coz xsemua ade kat kampung di pagi raya…almaklumlah, masing2 ade mertua kan…nad jer yang xde..so, setia la tiap2 taun kat umah mak…heee

Tahun nih, pagi raya yang ade kat umah mak hanyalah family kecik nad dan jugak family angah…along dengan adik beraya di kampung mertua dulu…xpe, tahun depan kita kasik gamat umah mak ok…heee

Jom layan gambar pagi raya….


Family nad & family angah wif mak abah…


Mak & abah dengan sebahagian cucu


Family angah


Tahun nih bertiga…insyallah tahun depan kite berempat…

Candid time…


One


Two


Three…


Last but not least…
Gambar anak bujang saya…
Hensem x???


Bergambar dengan senapang baru beli..hahaha…
Hmm…ada masa kiter sambung lagi citer pasal raya k…
part paling best adalah dapat duit raya dari en.somi…love u ayah…!!!

Posted using BlogPress from my iPad

Salam Aidilfitri 2011

Salam…
Buat kengkawan blogger dan sesiapa sahaja yang sudi membaca atau sudi singgah ke blog nad ini….

Dikesempatan ini, nad ingin memohon ampun dan maaf zahir dan batin.
Selamat menyambut Aidilfitri. Berhati-hati di jalanraya.


Doakan nad dan baby selamat semuanya. Amin.

- Posted using BlogPress from my iPad