Our 1st raya wif hazim…

Warning: Entry ini penuh dengan gambar2 kami…sila jgn tgk, kalo xsudi..ehehe…

Salam…

hi all…

seronok cuti raya??

dah naik keje ke belum…? nad dah naik keje arini…

smlm ahad rase cam malas nak apdet blog…

so, arini laa nad apdet…hehe…seronok tahun nih beraya dengan hazim…

raya pertama kami beraya bersama…taun lepas hazim beraya dalam perut jer…

sangat happy rayer bersama…petang raya(sabtu) nad bergerak balik ke kampung…xjauh pung…mersing jer…

ari ahad…hazim bangun pagi dengan mood yang baik…

mandi2kan dia…pakai kan baju melayu sepasang ngan ayah dia…

sangat hensem wooo…suka sangat tengok dia pakai baju sedondon…

ok, pagi raya cam biasalah…salam raya dulu…tahun  nih umah mak cuma ade nad ngan adk jer…abg n kakak balik umah mentua dulu…meriah, tp cam sunyi laa…

bermaafan di pagi raya…hazim salam tok bak dulu….

RIMG0019ibu ngan ayah pun mintak maa ngan tok mak n tok bak…ehehe…

RIMG0018

and now…turn hazim salam tok mak…hazim sudah pandai ‘salam raya’ ok…ehehe…

maksu hazim yg ajar….keh3

RIMG0020lepas salam raya terus berangkat pegi umah atuk nad…xjauh pun, dalam 10-15 minit perjalanan…

sampai sana hazim mau susu daa…dah susu dia sambung tdo daa…hehe….

RIMG0028 RIMG0024

balik dari umah atuk, baru kami berposing sakan…huhu..

sebenarnyer, time pagi2 dah terlupanak posing..coz nak g umah atuk cepat2…

so, jom tgk gambar raya hazim berposing ngan bau melayu yang dijahit oleh tok mak…

berkopiah yang ditempah khas…sangat hensem anak ibu nih…ehehe…

mula2 posing ngan ibu dalam umah….

 RIMG0032 RIMG0033 RIMG0034 RIMG0035 RIMG0041 RIMG0066

pastu sambung, kat laman depan umah…

RIMG0068RIMG0067 RIMG0031

ni sambung ngan ayah plak…

  RIMG0049 RIMG0051RIMG0058

RIMG0050 RIMG0055   RIMG0042

RIMG0044 RIMG0047

RIMG0052 RIMG0046

ok, sampai cni dulu…nad dah penat upload…nanti sambung lagi k…hehe..

sakan hazim beraya tahun nih…

RaYa 2009…

Salam…

kadrayaHi all…

mungkin ni laa entry yang perlu korang baca sebelum ade citer rayer…

taun nih dengan gembira dan bersyukur yang teramat sangat…nad akan beraya sebagai seorang isteri buat kali kedua…dan sebagai seorang ibu utk kali pertama….

rase sanagt excited…sehinggakan mase tgh nak taip entry nih, keje opis xdok mood nak dibuat…mood raya sudah mariiiiii…….

huhuhu….

Taun nih persiapan tuk anak diutamakan…alhamdulillah sume dah setel…

tinggal yang persiapan2 kecik tuk nad and en.suami jer…..

oklah, di kesempatan ini…nad sekeluarga ingin mengucapkan…Selamat Hari Raya Aidilfitri…Maaf Zahir & Batin…

nad ingin memohon ampun dan maaf pada semua pembaca2 blog nad…

ape2 salah silap…terkasar bahasa…tersilap bicara harap dimaafkan…

mane2 reader yang datang ke pasir gudang…jemputlah dtg ke rumah…

Persediaan raya for hazim…

ABCD0006Salam…

hi aunty and uncle yang baca blog ibu hazim…

arini hazim nak citer pasal baju raya hazim…

ibu ngan ayah semangat belikan baju raya tuk hazim tahun nih…

comey x hazim pakai baju melayu??

comey kan…kan…kan…hehehe…baju melayu hazim ade 2pasang…yang biru hijau nih…tok mak hazim yang bagi…

sepasang lagi sama ngan ayah…nanti pas raya ibu upload dalam blog…

yang kat bawah nih plak baju2 hazim tuk raya…separuh ibu dah basuh…

DSC02209DSC02208

DSC02210 DSC02211

ni plak baju sejuk hazim…ibu saje nak cari baju sejuk jer yang ade wooded tuh…sekali dapat yang 3piece dengan harga yang murah…ibu terus rembat…hehe…

DSC02212 DSC02213 

ibu hazim sangat excited nak raya ngan hazim…ibu hazim pun beli botol susu utk stok susu hazim…

sangat comel…murah plak tuh…ibu beli kat momschoice

ibu ammar(haja) pun beli jugak…hehe…

 DSC02229DSC02230

oklah aunty n uncle sume…hazim dah penat…hazim nak tdo dulu…daa…

nanti ibu hazim apdet pasal citer raya hazim plak k…

Breastfeeding Info…

Hi u all…

nak share info nih…

nad ade terbaca kat forum mamachoice.com…rasenyer berguna tuk sume bakal2 ibu yang baca blog nad…hope membantu…smile_regular

10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:

Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.

Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi*manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

p/s Thanks to Shida (charantya)*kerana berkongsi info ini. Adaptasi daripada hasil perjumpaan Mother-to-Mother Peer Support Group, Penang pada April 2008. Mitos dan fakta dikemukakan oleh Dr. Jamie (dan sedikit penambahan dan ubahsuaian daripada saya).

Kad raya…

ABCD0005

Salam…

hi u olss…kat opis nad, kad raya diagih2kan…

tp nad mmg dari taun lepas xbagi sesapa pun kad raya…

hoho..sangat keji ok…terasa sangat malas tuk anto kad raya…

kad raya taun lepas pun tersimpan rapi lagi…huhu…

tggu jelah malam raya nanti, kalo2 nad anto sms kat u olss…

oklah u olss…dah xlame lagi nak raya kan…semangat raya sudah menusuk dijiwa…wuwuwu…

dam dam dum…bunyi mercun…ewahhhh…

p/s-buat kengkawan lama di kampung, raya nanti kt jumpa ok…smile_wink