Shopping for majlis adik

Hehehe….citer lame, tp xkira nak apdet jugak..sebab ade gambar…saya terlebih rajin hangkut kamera jalan sama….2minggu lepas mak abah nad ade datang p.gudang, bukan sebab nak pegi monthly check up tapi kerana nak beli barang-barang dapur sempena majlis adik bongsu nad on febuari nih.

Alhamdulillah,semua barang-barang kering dah dibeli. Sekarang hanya tinggal nak order barang basah sahaja. Cabaran buat kenduri kahwin di waktu hampir dengan perayaan…hehe..Barang adelah mahal semuanya, minyak xcukup stok, macam-macam laa.Tapi, xpe…insyallah mak ngan abah saya akan dapat atasi dengan pantas dan tuntasnya;)

mak dan abah saya wif en.suami tengah bincang nak beli beras

keje saya snap gambar setelah penat mencari barang2 kering yang lain..hee

yang ni turn en.suami tolong angkat beras-beras tuh…perasan x anak bujang saya kat mane?

heee…

..

.

hehe..hazim ngantuk bebenor gamaknyer…sian sangat coz ibu xbawak bantal or stroller hazim…

perasan x hazim pakai baju mase 1st birthday dia dulu….??muat lagi coz baju tuh besar :)

sian mak abah, kali nih buat persediaan berdua, anak-anak balik kampung kekadang jer tolong…tu jer kot dulu, next entry nad citer pasal kami bawak mak abah jalan2 kat danga bay;)

p/s-adik, sila bagi amy percent duit hantaran ko coz tolong angkat beras aritu..wakaka…

Aktiviti di hari sabtu dan ahad

Sabtu dan ahad lepas banyak aktiviti yang dibuat..

hari sabtu saya dah bangun pagi…pilih2 baju nak pegi wedding my ex-schoolmate….

sabtu kan half day, haruslah nad terus ikut en.suami ke opis dia….opis en.suami kat bandar JB, kebetulan wedding my fren pun kat dewan jubli intan JB….so, xpayah la en.suami dua kali keje dok pegi n patah balik ke p.gudang amik kami…jimat minyak kete…hehe…

wedding ini sangat meriah dengan bunga2..nad suka pelamin, cantik sangat….

semuanya putih… i like…congrats aisyah…

lepas g makan kenduri nih, kami pegi jusco permas semata2 nak makan cheesecake kat secret recipe…hehe…

otw nak balik, tetiba dapat call…abah tiri en.suami masuk sepital…terus kami pusing balik ke sepital till maghrib baru nampak jalan pulang ke p.gudang….hehe…gitulah cerita dia ari sabtu:)

cerita hari ahad, biasa jelah…window shopping mencari hadiah kawin untuk adik bongsu nad….hehe…

pssttt…tetiba idea nak menulis yilek pocik….tetiba en.suami kata xdapat join gathering GBWS coz ade meeting kat muar ari ahad nih:(

My Family 3

Hi u all…

arini nad nak jemput u all yang dekat ngan mersing tuk datang wedding my adik bongsu…untuk makluman, nad xdo adik lain yer..tu jelah sorang….

Sile percaya bahawa budak comot ni akan bernikah pada 5hb Feb 2011 ini dan majlis persandingan akan diadakan pada 6hb Feb 2011 di rumah parents kami di mersing…segala majlis dari A sampai Z…kami buat kat rumah mersing….

Blog nad nih, ade jugak silent reader yang baca…my frens, sedara mara…mane yang rase belum dijemput, sekarang nad jemputlah ni yer..hehe..bleh gitu…??

Pada adik dan bakal suami dia zairy…selamat pengantin baru dari amy, abg shukor & hazim..semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat…jaga diri dan jaga rumahtangga korang elok2…banyak sabar dan banyak bertolak ansur pesanan khas dari kakakmu…teeeeheeee….

P/s dik,dah kawin nanti xleh dok celah ketiak mak lagi..turn aku pulak…kah3

esok dah siap majlis n gambar…nad kasik jaja kat sini ok…!!!!

;)

Hazim sayang ibu

salam…

hi semua…hazim jadi wakil ibu arini…ibu bz sangat katenyer…hazim nak cerita panjang nih…sila baca kalo suka,kalo xsuka xpe….bleh say bubye…

sejak pembantu xde, ibu banyak keje nak buat…subuh ibu dah bangun buat sarapan (kalo sempat) dan siapkan beg hazim pergi taska…ibu kemas umah, menyapu, mengemop dan basuh pinggan…sume ibu kena buat sendiri…lepas dah siap seme tuh, baru ibu kejut hazim dengan ayah…

Sementara ibu mandi, ayah kejut hazim yang liat nak bangun…kadang2 ayah pun sama susah nak bangun cam hazim…hehe…pas, ibu siap mandi…ayah akan bawak hazim pegi toilet tuk mandi….siap hazim mandi, ibu terus siapkan hazim…ayah plak amik turn tuk mandi…hu3….

Siap pakai baju, ibu bagi hazim susu…hazim sambung tengok kartun lagiiiiii :) )

ayah siap2…ibu pun siap2 jugak…pakai bedak and make up seme…hahaha…lepas sume orang siap, baru hazim masuk dalam kete ibu…then, baru kami g taska….

sampai taska, kekadang hazim nangis…kekadang hazim happy bile tengok kengkawan ramai…

hmmm…hazim pun xtau nape hazim nangis…

petang dalam kol 6, ibu akan amik hazim dari taska….hazim happyyy…!!!

balik umah, ibu keluarkan lauk2 nak masak…then layan hazim main ball kat luar kalo xujan…

kalo ujan, kami dok dalam umah jer layan kartun….ibu akan masak cepat tuk hazim, dalam kol 7 hazim dah dapat makan dinner…best sangat, ibu suapkan..

lepas hazim dah abis mamam, ibu akan pegi dapur sambung masak untuk dinner ayah & ibu….ibu masak lauk simple2 jer, tapi hazim ngan ayah suke….waktu ibu masak nih, hazim mesti nangis2 dekat pagar dapur tuh…hazim xmo ibu dok dapur tinggal hazim sorang2…hazim boring…semalam hazim nangis2 sampai xde suara tau…tp, sian jugak kat ibu…

lepas dah siap masak, ibu akan teman hazim tgk tv kat depan…nanti bile ayah dah balik, baru ibu akan mandi dan siap2 tuk makan….pas dinner, ibu akan sidai baju2 yang ibu basuh masa ibu masak tadi….

dalam kol 10 ibu akan tdokan hazim, kekadang lewat jugak hazim tdo…ciz ibu nak lipat baju…kemas2 barang ibu…setelkan bisnes2 ibu….sian kan ibu…banyak benda dia kena buat dalam sehari…hazim sayang ibu dengan ayah…ayah banyak tolongibu jugak…kekadang ayah basuhkan pinggan mangkuk kat dapur…kekadang hazim poopoo pun ayah tolong basuhkan…hazim sayang ibu dengan ayah…mmmuaaahhh…!!!!

hazim sayang ibu….

Pengumuman dari hazim

hi seme…elloww…ellow…

hazim kat sini…mesti ramai rindu hazim kan….??hazim sekarang kan suka bercakap…tp bahasa hazim laa…

Hazim nak b’tau nih…mulai isnin nih…hazim masuk nursery…pembantu ibu balik cuti terus gaknyer, ibu call no hp dia dah xdapat dah…..huhu..ibu kata xpelah dia balik cara camni…daripada dia cabut lari dan curik barang2 ibu kan….

Hazim happy sekarang nih, sebab hari2 ibu bangun pagi pegi keje, hazim dapat ikut jugak…lalalala…