Sesuaikah berat badan dengan ketinggian anda???

Salam and hi to all…
Hari ini nad nak kongsikan cara untuk mengira keseimbangan berat dengan tinggi…BMI laa singkatannya…
Kekadang ade orang xtau yang dia overweight sebenarnye….so, kat bawah adalah formula untuk kira BMI anda…


Contoh kiraan:

Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m

Mula-mula TINGGI X TINGGI = 2.4336

Kemudian BERAT / 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda.

Yang mana jawapannya ialah 22.6.

Selepas itu rujuk pada bahagian bawah :


Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obesity

berapakah BMI anda??? Kalo anda di kumpulan overweight dan ke atas..silalah mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat…

Nak lagi mudah boleh cuba pakai Premium Beautiful Korset + minum Lactolite…insyallah, akan dapat berat badan yang ideal dengan ketinggian anda seperti CDM Kak Ana…


Anda BERMINAT dan INGIN MENCUBA???
Hubungi nads untuk maklumat lanjut
012-7370884 atau amynadia@gmail.com

- Posted using BlogPress from my iPad

PREMIUM BEAUTIFUL PROMOTION PRICE…!!!

Kepada yang berminat dengan Premium Beautiful Korset

Promotion price is still on…jom cepat2 dapatkan set PB anda dengan harga jauh lebih murah dari harga biasa….

Special Price for Premium Beautiful..!! Valid until October 2011.

SMALL size : RM1971.60*

BIG size : RM2167.90*

* payment method: cash, credit card, RHB easy installment CALL or SMS or EMAIL me:

Nadia

012-7370884 or amynadia@gmail.com

apa yang ditunggu lagi….!!!!

Cara nak pakai premium beautiful korset…

Salam…

Hi semua, kali nih nad share cara-cara nak pakai korset premium beautiful dengan sendiri tanpa bantuan…almaklumlah, kite nak pakai korset tau, bkn selimut…kalo longgar2 tuh, bukan korset yer…hehe…

Pada yang ade husband, bleh la hari2 nak mintak tolong husband…tp, kalo yang xdo? haha…pakai sendirila jawabnyer yer…meh nak tolong ajar…

Step 1 : Put on the Long Girdle


1) Lipatkan bahagian pinggang dan kaki seluar dalam..
2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa..
3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas..
4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa..

Step 2 : Put on the Long Bra


1) Tundukkan badan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payudara ke dalam cawan bra (pastikan semua daging payudara masuk cantik ke dalam cup bra)..

2) Lekatkan cangkuk di bahagian belakang..
3) Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra)..
4) Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa..
5) Betulkan kedudukan bra..

**Kalau tangan tak sampai ke belakang, and takde siapa nak tolong cangkukkan, you all boleh pakai kain batik or ape-apa kain dulu dalam keadaan berkemban ye? Then cangkuk kat depan dulu baru turn ke belakang sebab kalau tanpa kain alas, PB tak boleh turn sebab dah lekat kat badan. .**

Step 3 : Put on the Waist Nipper

1) Letakkan rama-rama diamond terletak di tengah dada..
2) Lekatkan kesemua cangkuk (patut berada di tulang rusuk kiri badan)..
3) Betulkan kedudukannya..
4) Tarik tali pelaras..
5) Tahan nafas dan cangkukkan ke depan..
6) Pastikan ianya selesa..

**Make sure bahagian tali-tali yang kat belakang tu selari dengan tulang belakang kita.**
So sekarang ni bila dah tau pakai PB dengan cara yang betul, senang la sikit kan. Practise makes perfect. Bila sehari tak pakai tu rasa lain aje..

Kalau ada sesiapa yang masih ragu-ragu untuk dapatkan PB, please don’t feel that way. It works wonders, and it’s worth every penny!

Contact me for details : 012-7370884 or amynadia@gmail.com

Apa itu Premium Beautiful Korset

Credit to hanis haizi

What is Premium Beautiful?

Premium Beautiful is the No. 1 health corset in Malaysia and probably the only one in the World that uses and is embedded with F.I.R technology. It has helped thousands of Malaysian women rediscover their beauty, confidence and become healthier in the process!

The Premium Beautiful corset is divided into three main pieces, the Long Bra, Long Girdle & Waist Nipper.

20110808-090949.jpg

The Main Features are:-

* Design for 70% health & 30% beauty

* Helps improve blood circulation and metabolism including shaping the body

* Comes with a LIFETIME Warranty

* 360 degrees elasticity

* Contains Far Infrared Rays technology (F.I.R)

* Recommended by ACA (American Chiropratic Association)

* Additional info | http://www.hai-omarketing.com.my/

What is Far Infrared Rays?

Far Infrared Ray is one of the energy wave that is contained in Sunlight. Unlike that of Ultraviolet & Microwaves which is harmful, F.I.R has positive effect and is proven to be beneficial to humans. F.I.R is widely accepted as alternative therapy for various diseases

Additional info * | http://www.farinfraredmedical.org/ | http://www.farinfraredhealth.com/farinfraredtherapy.html

Why should I wear it?

The Corset has actually been around for centuries as a proven method to help shape women’s body to be more attractive and sexy. Premium Beautiful corset which includes F.I.R creates a complete synergy which helps to shape the women’s body, assists in reducing & maintaining a healthy weight, in addition to improving blood circulation and increase metabolism.

Some testimonials of my Premium Beautiful corset lovers:-

+ Used for post-delivery/confinement replacing traditional Malay “barut”
+ Used for wedding day outfit
+ Used for back-pain & slip disc treatment
+ Helps with cyst/fibroid patients
+ Used by Asthma patients and helps to alleviate asthma attacks
+ Reduce post-delivery stretch marks
+ Increase and improve firmness of the breast & buttocks

* Additional info | http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_corsets

For FREE trial, consultation and special offer(s).
Contact Me today!
0127370884
amynadia@gmail.com

Mengapa perlu beri alasan…

Credit to hanis haizi

Memberi alasan adalah suatu tabiat negatif yang seharusnya dihapuskan dalam hidup setiap insan. Manusia sering memberi pelbagai alasan dalam perkara yang sebenarnya dia tidak suka atau tidak mahu melakukannya.

Boleh dikatakan manusia membesar dengan memberi pelbagai alasan ‘kreatif’. Manusia juga memberi pelbagai alasan pada Allah di akhirat kelak seperti yang diceritakan pada kita dalam al-Quran.

Alasan yang sering didengar apabila diberi satu tugasan adalah seperti berikut:

“Tak bolehlah…” “Takutlah…” “Aku tak mampu…” “Saya kurang berpengalaman…” “Ini bukan bidang saya…” “Eh, aku ni dah tua…” “Tapi saya masih muda lagi…” “Aaa…sibuklah” “Tak cukup masa, tak ada masa…” “Tak cukup duit…” “Kami dah bincang, tapi…”
Alasan yang disenaraikan di atas adalah sangat membosankan apabila kita mendengarnya setiap hari, keadaan dan gerak kerja.

Alasan itu jika selalu diucapkan akan menjadi tabiat yang sebati dalam diri dan akan membentuk rupa diri atau personaliti yang bertentangan dengan kehendak Allah.

Cuba renungkan firman Allah bermaksud:

“Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang) kafir, penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “ Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: “ Benar ada”, sesungguhnya sudah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: Allah tidak menurunkan sesuatu pun: Kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar”

“Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.” – (Surah al-Mulk, ayat 8-10)

Nauzubillah minzalik, semoga kita tidak tergolong dalam golongan ahli neraka yang masih sempat lagi memberi alasan.

Alasan boleh ditangkas dan diberkas apabila kita mempunyai perasaan bertanggungjawab pada diri sendiri.

Kita insan yang dianugerahkan Allah bakat, kepandaian, kemahiran, potensi dan kecantikan.

Cuba kita renung dan fikirkan mengenai anugerah bakat serta potensi diri bagaimanakah harus kita gunakan? Berbincanglah dengan keluarga dan sahabat handai terhadap jati diri kita. Fikirkan apakah yang boleh menimbulkan minat dan motivasi diri?

Dalam setiap perjalanan kehidupan manusia, matlamat kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Tanpa matlamat, impian dan cita-cita, kita tidak ubah seperti layang-layang yang putus talinya, tiada arah, tiada tuju, akhirnya tersungkur ke bumi. Maka, wujudkan matlamat yang murni dalam kehidupan dan keluarga kita.

Wujudkan rasa ghairah dan cinta untuk mencapai matlamat itu. Buangkan semua alasan yang pernah diucap dan cuba sedaya upaya diiring doa agar matlamat kita tercapai.

Nabi Ibrahim apabila diperintahkan Allah agar meninggalkan isteri, Siti Hajar dan anak, Ismail di satu tempat gersang, menurut perintah Allah tanpa sebarang bantahan, tanpa mengemukakan sebarang alasan. Baginda hanya ada satu matlamat. Mengikut perintah Allah agar dirinya mendapat keredaan Allah yang sangat dicintai. Baginda hanya mampu berdoa:

“Ya! Tuhan kami, sesungguhnya aku sudah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu ) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki mereka daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”

Berkat doa Baginda dan matlamat yang disertai dengan komitmen dan pengharapan jitu, tanah gersang itu dikurniakan Allah dengan pelbagai nikmat dan kemudahan untuk dikecapi bukan saja oleh anak cucunya.

Malah, kita yang ada talian akidah dengan baginda juga dapat mengecapi nikmat anugerah Allah kepada hamba-Nya yang sabar.

Untuk mewujudkan alasan sifar dalam diri, kita perlu mengubah cara pemikiran dan membina keyakinan diri. Cintai dan kasihilah diri sendiri, barulah dapat mengasihi dan menerima orang lain.

Jangan salahkan orang lain, keadaan atau masa. Jangan jatuhkan hukuman pada diri sendiri jika sesuatu ujian menimpa.

Ketahuilah bahawa Allah sentiasa akan menguji hambanya dan Dia ingin melihat siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya.

Jangan sekali-kali lepaskan impian kita. Kejayaan hanya datang bagi mereka yang bersungguh-sungguh dan yang berani mengenepikan alasan.

Terimalah cabaran, ketahuilah setiap cabaran itu ada hikmahnya.

Berani mencuba, tanpa mencuba, tiada pengalaman. Hati-hati terhadap perasaan takutkan kegagalan dan penolakan.

Jika bisikan negatif melanda dan skrip alasan menjelma, ubah pemikiran kita, cepat-cepat fikirkan yang positif. Buangkan alasan itu, berjanji pada diri sendiri supaya tidak akan menggunakannya lagi. Gantikan dengan pemikiran yang aktif seperti:

Apa yang boleh saya buat?

Apa yang boleh saya tolong?

Apa amalan yang baik yang saya harus lakukan?

Untuk mencapai alasan sifar pada diri, kita juga harus menghormati orang lain terutama keluarga dan sahabat.

Kita harus belajar memberi kasih sayang. Kita harus belajar memberi tanpa mengharapkan balasan. Kita harus belajar menghargai tanpa diminta dihargai. Berilah tanpa syarat kepada mereka yang dicintai kerana kita tidak tahu bila akan pergi.

Ikhlas dengan mereka, jauhi perasaan dengki, benci dan buruk sangka. Setia, jujur dan mesra, itulah tunggak keluarga bahagia. Tetapi ingat, kita tidak perlu menggadai prinsip, fikrah dan mengorbankan diri untuk orang lain.

Bersama-samalah berbincang dan berkomunikasi dengan mereka agar satu persefahaman yang baik sentiasa diwujudkan.

Akhir sekali untuk mencapai alasan sifar dalam diri kita, kita haruslah menambahkan ilmu di dada. Minda kita adalah seperti payung terjun. Ia tidak akan berfungsi untuk mencapai matlamat jika tidak dibuka.

“Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad,” saranan Nabi Muhammad saw. Sahutlah saranan Nabi yang mulia. Cuba kita lakukan yang berikut ini untuk menambahkan ilmu di dada:

*Sentiasa membaca 15-30 minit sehari dari buku yang boleh membentuk peribadi diri.
*Dengar kaset yang boleh membentuk minda, terutama ketika memandu. Jadikanlah kenderaan kita sebuah universiti bergerak.
*Hadiri seminar dan kursus yang anda minati.
*Sentiasa bersama orang soleh dan bertakwa kerana merekalah orang yang berkeyakinan dan berpotensi tinggi.
*Carilah guru yang baik yang sudi mendidik kita.
*Berani mencuba kerana pengalaman kunci kematangan
*Sentiasa berada dalam jemaah atau kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda.