Everything About Me
Monday, September 14, 2009
Persediaan raya for hazim…

ABCD0006Salam…

hi aunty and uncle yang baca blog ibu hazim…

arini hazim nak citer pasal baju raya hazim…

ibu ngan ayah semangat belikan baju raya tuk hazim tahun nih…

comey x hazim pakai baju melayu??

comey kan…kan…kan…hehehe…baju melayu hazim ade 2pasang…yang biru hijau nih…tok mak hazim yang bagi…

sepasang lagi sama ngan ayah…nanti pas raya ibu upload dalam blog…

yang kat bawah nih plak baju2 hazim tuk raya…separuh ibu dah basuh…

DSC02209DSC02208

DSC02210 DSC02211

ni plak baju sejuk hazim…ibu saje nak cari baju sejuk jer yang ade wooded tuh…sekali dapat yang 3piece dengan harga yang murah…ibu terus rembat…hehe…

DSC02212 DSC02213 

ibu hazim sangat excited nak raya ngan hazim…ibu hazim pun beli botol susu utk stok susu hazim…

sangat comel…murah plak tuh…ibu beli kat momschoice

ibu ammar(haja) pun beli jugak…hehe…

 DSC02229DSC02230

oklah aunty n uncle sume…hazim dah penat…hazim nak tdo dulu…daa…

nanti ibu hazim apdet pasal citer raya hazim plak k…

Labels: , , ,

posted by nads @ Monday, September 14, 2009   9 comments
Thursday, September 10, 2009
Breastfeeding Info…

Hi u all…

nak share info nih…

nad ade terbaca kat forum mamachoice.com…rasenyer berguna tuk sume bakal2 ibu yang baca blog nad…hope membantu…smile_regular

10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:


Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.


Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.


Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.


Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.


Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.


Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.


Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.


Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi*manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.


Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.


Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.


p/s Thanks to Shida (charantya)*kerana berkongsi info ini. Adaptasi daripada hasil perjumpaan Mother-to-Mother Peer Support Group, Penang pada April 2008. Mitos dan fakta dikemukakan oleh Dr. Jamie (dan sedikit penambahan dan ubahsuaian daripada saya).

Labels: ,

posted by nads @ Thursday, September 10, 2009   6 comments
Tuesday, August 11, 2009
Jom ramai2….

Hi all….

nad lambat tulis entry arini…hazim kena selsema plak pagi nih…

so, bangun pagi tadi…siap2 g opis p.card then terus anto hazim g klinik pakar kanak2 kat sentosa…

Hazim xdemam…cuma selsema….tp, mmg sangat riso coz dalam keadaan skrg nih…kenalah sentiasa berjaga2….

ok, setel citer pasal hazim….

arini nad nak ajak sume2 kawan blogger join sesama ngan nad….kiter jadi ahli kelab mamafc.com dan jugak ahli kelab susuibu.com….

nad rase…ramai yang baca blog nad nih…bakal mendirikan rumahtangga…bakal dapat cahaya mata dan ade jugak yang dah mempunyai cahaya mata….so, ape kate kt join kelab nih sesama…

pada nad, mmg baguslah…..coz bleh share n dapat macam2 info kat situ….bleh jugak tambah kenalan ibu2….

dari susuibu.com jugaklah nad dapat inspirasi nak susukan hazim….dapat info kat situ lagi la bertambah2 semangat nak teruskan niat tuh….

so, kengkawan…jangan berlengah lagi…mari beramai2 join kelab2 itu…hehe….bukan kena bayar papepun…

ni linknyer…

MAMAFC.COM

SUSUIBU.COM

nak jugak letak gambar hazim pagi tadi on da way g klinik.…

DSC02092

ni malam tadi…hazim senyum2 ngan ayah…

DSC02087 DSC02090

Labels: , , ,

posted by nads @ Tuesday, August 11, 2009   4 comments
Monday, July 27, 2009
Happy sangat...
Salam...

Hi all..arini ari pertama nad masuk keje balik...setelah duduk bercuti di rumah selama 2bulan...
wuwuwu...sedih bebenornyer...nak tggl hazim kat umah(buat masa terdekat nih...mak nad jagakan kat umah nad jugak..)

nak share citer nih...aritu kan nad ade cite nak pam susu tuk hazim...niat tuk b'feed hazim sampai umur 2tahun tu nad akan teruskan...insyallah.

smlm ari ahad, kuar bersama en.suami berdua jer...kira cam nak praktis tggl hazim kat umah laa...tp sangat berat ati woo nak tggl anak kat umah....

mula2 igt nak g tesco jer beli barang dapur...tp, pujuk en.suami ajak g giant plentong...
sambil menyelam minum air..hehehe...ajak en.suami pegi satu kiosk nih...sebenarnyer dah lama plan...tp, xjugak pegi buat...

pegi buat sticker tuk susu simpanan hazim...huhu...kalo xlabel ngan sticker...
ade org igt dadih plak kan...hehe...

mula2 dok pilih design n sizenyer....


gambar kartun2 comey...


dia tgh design...nad mintak tulis nama hazim, tarikh/hari n waktu...


nilah designnyer..suoh dia tambah kartun tuh...xkena charge pun...
dah setuju...dia printkan 100pcs..rm15 jer...


ni dia...setel sudah...

bleh tampal di bekas simpanan susu itu dgn senang hati...yeay..!!!

padahal bleh jer..nak wat sendiri...tp, malas kan...hahaha...kertas sticker tuh yang malas nak g beli...wuwuwu....

Labels: , , ,

posted by nads @ Monday, July 27, 2009   5 comments
 
About Me

Name: nads
Home: Pasir Gudang, Johor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Contact Me
Visitors
Stalkers
Stalking me..!!!
Sponsor
Let's Chatting...!!!
Mr.Shukor
Photobucket
Mrs.Shukor
Photobucket
Shukor's Junior(hazim)
Photobucket
Blogger Friend List
Other Links
Previous Post
Archives
Traffic
Powered by

Terumbukasih Dot Com

BLOGGER