Hi all… arini, kat opis nih…xramai kengkawan yang ade…ramai dah start cuti, nak setelkan hal anak sekolah… beli buku, bayar yuran, lapor diri segala… nak review balik tahun 2009…ada rase suka…ade rase duka… yang duka2 & sedih2 nad xmo igt… banyak dugaan dan cabaran telah nad tempuhi sebagai anak, isteri dan yang terbaru utk tahun ini adalah sebagai ibu… Awal tahun 2009 nad dalam semester pertama mengandungkan hazim….rase sangat sedih dan sayu kerana berjauhan dengan en.suami…dari sebelum kawin, dia keje kat KL…lepas kawin masih sama…dan diberi lagi dugaan apabila kami berjauhan tanpa bersua muka selama 2 bulan (kalo nad xsilap laa)…en.suami di terengganu, nad di jb…besarnya dugaan Allah pada kami ketika itu… Alhamdulillah, mengandungkan hazim..nad xmengalami ape2 alahan…bersyukur sesangat (semoga anak ibu akan dtg pun camtu)  Dugaan demi dugaan kami lalui…masuk 7bulan nad mengandung…nad dikejutkan dengan berita perpindahan en.suami ke jb…alangkah berbunganya hati nih…Allah jelah yang tahu…rezeki anak, tiba2 bleh ade kekosongan utk en.suami….Nad dilayan bagaikan puteri sehingga la nad melahirkan hazim… Kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadiran cahayamata pertama kami Muhammad Aiman Nurhazim pada 26hb mei 2009, jam 2.06pagi…  mak & abah nad yang dah lame tunggu cucu baru pun sangat excited dengan kehadiran hazim…sepanjang berpantang nad & hazim ok jer..hazim pun sangat gud boy coz xmeragam… Dan sebelum penghujung tahun 2009, kami cuba tunaikan tanggungjawab kami utk buat aqiqah 4 hazim…alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar…dan hazim pun telah berwajah baru, setelah dibotakkan seluruhnya… Itulah saja review utk kisah keluarga kecil nad…segala yang duka, nad nak lupakan…hanya yang perlu saja, nad akan igt sepanjang hayat… Semoga tahun 2010 yang bakal menjelang akan memberikan sinar bahagia yang lebih cerah utk kami sekeluarga…semoga rezeki, keceriaan dan kebahagiaan kami bertambah…Amin…    Labels: aqiqah, ayah hazim, baby hazim, ibu hazim |
selamat tahun baru utk nad sekeluarga..semoga tahun baru memberi lebih keceriaan buat nad..