Salam kawan2ku sekalian…. marilah kiter bersama2 sedekahkan al-fatihah untuk officemate nad yang telah meninggal dunia pada pagi ahad(9/08/09)…. beliau meninggal akibat serangan H1N1…. ini adalah petikan akhbar berkenaan beliau…. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm Wanita mengandung korban terbaru JOHOR BAHRU 9 Ogos - Seorang wanita yang sedang menunggu masa untuk melahirkan bayinya maut akibat dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1), menjadikan angka korban meningkat kepada tujuh orang di negeri ini. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Khairi Yaakub berkata, wanita berusia 25 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital pakar swasta di sini pada pukul 1.30 pagi. "Wanita yang mengandung itu dimasukkan ke hospital pakar berkenaan pada Isnin lalu. "Bagaimanapun anaknya meninggal dunia dalam kandungan pada hari Khamis sebelum dia kemudiannya meninggal dunia pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Tambah Mohd. Khairi, wanita tersebut disahkan meninggal dunia akibat pneumonia dan kegagalan pelbagai organ badan. Alfatihah untuk arwah…semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhadah…amin…insyallah…. Labels: kawan, nad, opis |
al-fatihah
kenapa hari ni banyak sangat berita kematian yang akak terima nad
h1n1 ni dah semakin berleluasa. semalam sewaktu nak buat pemeriksaan kat putrajaya, punya la ramai orang. kalau akak nak beratur entah² sampai kemalam kot. pihak yang berkuasa sepatutnya mengambil tindakan yang lebih drastik.